Nama lengkap beliau adalah Abdul Wahab bin Ahmad bin Ali bin Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Musa Asy-Sya’rani Al-Anshari Asy-Syafi’i Asy-Syadzili Al-Mishri. Abdul Wahab Asy-Sya’rani terkenal dengan panggilan Imam Asy-Sya’rani, yaitu salah seorang sufi terkenal yang diakui sebagai wali qutub pada zamannya yang memperoleh gelar sufistik Imamul Muhaqqiqin wa Zudwatul Arifin (pemuka ahli kebenaran dan teladan orang-orang makrifat). 

Beliau merupakan seorang yang alim, zuhud, faqih, muhaddith. Beliau berasal dari negara Mesir. Beliau bermazhab al-Asy’ari dari segi akidah dan mazhab asy-Syafie dari segi fiqh dan bertarikat asy-Syazili. Beliau dilahirkan di desa Qalqasandah – Mesir pada tanggal 27 Ramadhan 989 H. / 12 Juli 1493 M.

Nama Asy-Sya’rani adalah panggilan yang diberikan kepadanya yg diambil dari nama sebuah desa tempat tinggalnya di mana dia dibesarkan, yaitu Sya’rah, sebuah desa di wilayah Mesir. Syaikh Asy-Sya’rani sejak kecil sangat cinta akan ilmu dan gemar sekali menuntut ilmu khususnya ilmu-ilmu dunia dan sufistik. Kerana kemuliannya, jika dia sedang berjalan banyak orang menghampirinya dan berebut tangan untuk menyalami dan mencium tangannya hanya sekadar untuk memperoleh berkah dari sang wali.

Ramai dari kalangan orang-orang Yahudi dan Nasrani yang menyatakan bertaubat dan akhirnya berbaiat masuk islam dan menjalani amalan sufi yang dibimbing langsung oleh Syaikh Asy-Sya’rani. Demikian pula banyak para penjahat dan pelaku maksiat yang akhirnya sedar dan bertaubat dari perbuatan buruknya setelah mendengar pengajian-pengajian yang disampaikan oleh Syaikh Asy-Sya’rani.

Nasab

Nasab beliau dapat diketahui dengan melihat di dalam kitab beliau sendiri, Lataif al-Minan, beliau berkata : “Sesungguhnya aku, dengan memuji Allah Ta’ala, Abdullah bin Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Zarfa bin Musa bin Sultan Ahmad bin Sultan Sa’id bin Sultan Fashin bin Sultan Mahya bin Sultan Zaufa bin Sultan Rabban bin Sultan Muhammad bin Musa bin Sayyid Muhammad bin al-Hanifah bin Imam Ali bin Abi Thalib.”

Menuntut ilmu

Beliau menghafaz al-Quran ketika berumur lebih kurang 7 atau 8 tahun. Kemudian beliau menghafaz matan al-Ajrumiyyah dalam ilmu nahu dan matan Abi Syuja’ dalam fiqh asy-Syafi’e. Kemudian beliau pergi ke masjid al-Ghamri untuk menuntut ilmu dan beliau bersungguh-sungguh menghafal kitab Minhaj at-Thalibin karya Imam an-Nawawi, Alfiyyah Ibnu Malik, at-Taudhih Syarh Alfiyyah Ibnu Malik karya Ibnu Hisyam, Alfiyyah al-‘Iraqi, kitab at-Talkhis dalam ilmu balaghah karya al-Quzwini, matan as-Syatibiyyah dalam ilmu qiraat, Qawaid Ibnu Hisyam, sehingga beliau menghafal kitab Raudhah  at-Thalibin karya Imam an-Nawawi sehingga bab Qadha. Usaha beliau untuk menghafal kitab Raudhah at-Thalibin ini bukanlah usaha yang mudah kerana kitab ini sangat tebal dan sekarang kitab ini dicetak lebih kurang 8 jilid. Ini menunjukkan karamah beliau.

Guru-gurunya

Beliau telah menuntut dengan Syeikh Aminuddin, Imam masjid al-Ghamri dan beliau membaca kepadanya kitab Kutubus Sittah.

Kemudian, beliau turut belajar dengan Syeikh as-Syams ad-Dawakhili, Syeikh an-Nur al-Muhalla, Syeikh an-Nur al-Jawarihi, Syeikh Mulla Ali al-‘Ajmi, Syeikh Ali al-Qasthalani, Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari, al-Asymawi, dan Syihabuddin ar-Ramli.

Beliau kemudiannya jatuh cinta kepada ilmu hadith dan sentiasa menyibukkan diri dengannya dan mengambil hadith dari ahlinya.

Kemudian beliau melalui jalan ahli tasawwuf melalui Syiekh Ali al-Marsufi, Syeikh Muhammad asy-Syanawi dan Syeikh Ali al-Khawas.

Selain itu, beliau adalah seorang Syaikhul Islam, faqih, Ushuli, Muhaddits (pakar hadits), dan Sufi. Beliau dikenal sebagai ulama yang arif dalam khazanah keilmuan Islam. la menulis lebih dari 60 buah kitab, kebanyakan bercorak tasawuf. Di antara karyanya yang paling menarik adalah yang berupa otobiografi, al-Lathaiful Minan. Dalam kitab al-Lathaiful Minan itu diterangkan tentang perjalanan hidup seorang sufi yang penuh dengan keteladanan. 

Penulisan

1. Al-Fath al-Mubin fi Jumlah Min Asrar ad-Din

2. Al-Anwar al-Qudsiyyah fi Ma’rifah Qawaid as-Sufiyyah

3. Al-Kaukab asy-Syahiq fi al-Farq Baina al-Murid as-Sadiq wa Ghair as-Sadiq

4. Al-Bahr al-Maurud Fi al-Mawathiq wa al-‘Uhud

5. Al-Badr al-Munir fi Gharib Ahadith al-Bashir an-Nazir

6. At-Thabaqat as-Sughra

7. At-Thabaqat al-Kubra (Lawaqih al-Anwar fi Thabaqat al-Akhyar

8. Al-Anwar al-Qudsiyyah fi Bayan Adab al-‘Ubudiyyah

9. Al-Anwar al-Qudsiyyah fi Ma’rifah Qawa’id as-Sufiyyah

10. At-Thabaqat al-Wustha

11. Ad-Durar al-Manthurah fi Bayan Zubad al-Ulum al-Masyhurah

12. Kasyf al-Ghummah ‘an Jami’ al-Ummah

13. Lathaif al-Minan Wa al-Akhlaq fi Bayan Wujub al-Tahaduth bi Ni’mah Allah ‘Ala al-Itlaq

14. Lawaqih al-Anwar al-Qudsiyyah Fi Bayan al-‘Uhud al-Muhammadiyyah

15. Al-Mukhtar Min al-Anwar Fi Suhbah al-Akhyar

16. Mukhtasar al-Alfiyyah Li Ibnu Malik

17. Mukhtasar at-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah

18. Mukhtasar Tazkirah al-Imam al-Suwaidi fi at-Tibb

19. Tazkirah Syihabuddin Ahmad Salaqah al-Qalyubi asy-Syafi’e

20. Mukhtasar Kitab Sifah as-Safwah

21. Masyariq al-Anwar Fi Bayan al-‘Uhud al-Muhammadiyyah

22. Al-Muqaddimah an-Nahwiyyah di ‘Lm al-‘Arabiyyah

23. Al-Mizan al-Kubra Fi al-Fiqh al-Islami

24. Al-Yawaqid al-Jawahir Fi Bayan ‘Aqaid al-Kabair

25. Al-Kibrit al-Ahmar Fi Bayan ‘Ulum al-Syeikh al-Akhbar

26. Durar al-Ghawas ‘Ala Fatawa Sayyidi ‘Ali al-Khawwas

Karamahnya

Karamahnya sudah terlihat sejak masa kanak-kanak. Dia tidak pernah takut dengan makhlauk apapun, seperti ular, kalajengking, buaya, pencuri, jin dan sebagainya (lihat di kitab “Jami’u Karamatil Aulia jilid 2 halaman 277, cetakan “Darul Fikr”, Beirut – Lebanon). Pada suatu hari ketika beliau tenggelam di Sungai Nil, dengan sangat menakjubkan, beliau diselamatkan oleh seekor buaya, yang disangkanya sebongkah batu.

Syaikhul Islam Zakaria Al-Anshari (w. 916 H/1511 M) memberi izin kepadanya untuk mengajarkan fiqih. Sejak kecil beliau sudah bergaul dengan para ‘arifin. Semua gurunya mengajarkan syariat dan tasawuf, dan meninggal dalam keadaan ridha terhadap dirinya. Beliau dikenali sebagai ulama yang tidak fanatik buta dalam menganut kepercayaan tertentu. Akhlaqnya sangat mulia, baik sebagai sufi, maupun sebagai orang saleh. Ia menolak memakan sesuatu yang telah disedekahkannya. Beliau sangat berlapang dada dalam segala urusannya dengan sesama muslim, bahkan dengan musuh yang paling membecinya sekalipun.

 Dia tidak pernah berlama-lama dalam mengunjungi sahabat. Dan sepanjang hidupnya, ia terpelihara dari keinginan meminta-minta. Bahkan, beliau belum pernah mengungkapkan godaan-godaan batin yang telah membuatnya menderita kepada seorang manusia pun, sehingga kerap keluar asap dari mulut, telinga, dan hidungnya. Asap yang keluar itu dikenali muridnya sebagai bentuk nafsu buruk yang dapat dikendalikan, sehingga keluar sebagai semacam kotoran dari tubuhnya. Beliau tidak pernah mengejar kedudukan tinggi dan darjat duniawi.

Dia sedar akan zaman yang melahirkannya, dan tak pernah menilai hidup menurut masa lalu atau masa mendatang. Bila menghadapi kesulitan, dia selalu berserah diri kepada Allah, tidak kepada manusia. Sepanjang hidupnya, ia meng­habiskan seluruh waktunya di lingkungan kefakiran dan kezuhudan.

Syaikh Asy-Sya’rani dikenal memiliki kemampuan yang luar biasa. Dia dapat melihat jauh ke depan, dalam erti waktu. Dan dari sinilah ia memberikan keteladanan-keteladanan. Namun di hadapan umum, ia tidak pernah memperlihatkan kemampuan yang dimilikinya kepada orang lain. Meskipun begitu, orang sering mengenali karamahnya. Seperti ketika dia menjamu tamu-tamunya, sering makanannya tiba­ tiba berlipat ganda. Secara menakjubkan dia juga mampu mendengar binatang-binatang atau benda-benda mati bertasbih memuji Allah swt.

Syaikh Asy-Sya’rani dikenal alim dan wara’. Dia tidak pernah melupakan kewajiban-kewajibannya sebagai hamba Allah. Dia selalu menghindari buang angin di dalam masjid, baik di masjidnya maupun di masjid lain. Dia selalu menghadap Allah, juga ketika berbaring dengan istrinya sebagaimana kala bersembahyang. Terhadap para muridnya, dia senantiasa berbuat adil. Beliau juga merasa enggan dicium tangannya. Dalam tidurnya, dia sering bergaul dengan orang-orang yang telah mati dan bertanya kepada mereka tentang keadaan di alam kubur. Beliau dapat melihat arwah para wali dan disambut ramah oleh mereka.

Berikut beberapa mimpi Syaikh Asy-Sya’­rani, sebagaimana dituliskan dalam otobiografinya itu: “Dulu aku mempunyai seorang tetangga yang suka menghinanya. Allah melaknatnya dengan penyakit asma dan lumpuh. Selama kira-kira sepuluh tahun, beliau tidak dapat berbaring, dagunya bertumpu di atas lutut, otot-ototnya kian melemah. Kemudian dia mati, dan dikuburkan. Aku bertemu dengannya setelah kematiannya, dan bertanya, “Apakah kau masih lumpuh?” “Ya, dan kelak aku akan dibangkitkan seperti ini pula. Semua ini lantaran kau dan Syaikh Syu’aib si ‘tukang khutbah’ itu,” jawabnya. Tatkala hal ini kusampaikan kepada Syaikh Syu’aib, dia berkata, “Ya, hal itu memang benar. Bila aku lintas di depannya, dia selalu membuang hingus dan melemparkan kahaknya ke wajahku kerana benci.” Demikian pula dengan diriku, setiap kali lalu di hadapannya, dia mengumpatku dengan kata-kata yang tak patut ditunjukkan kepada sekelompok lembu pun. Semoga Allah mengampuni dan mengasihinya.

Kewafatannya

Beliau meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada tahun 974H dan dikebumikan berhampiran dengan  zawiyyahnya.

Post a Comment

Lebih baru Lebih lama